fbpx
JERMAN berdepan malang apabila tewas menerusi penentuan penalti kepada Paraguay sekali gus tersingkir daripada saingan kali ini. - AFP

Piala Dunia 2026: Badi Jerman belum berakhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BOSTON – Ketua jurulatih Jerman, Julian Nagelsmann enggan meletakkan jawatan meskipun Die Mannschaft dikejutkan Paraguay menerusi penentuan sepakan penalti 3-4 dalam aksi pusingan 32 terbaik saingan Piala Dunia 2026 semalam.

Kekalahan itu menyaksikan Jerman tersingkir lebih awal buat kali ketiga berturut-turut di pentas Piala Dunia selepas gagal melepasi peringkat kumpulan pada edisi 2018 dan 2022.

Pengendali berusia 38 tahun itu mengakui masa depannya kini bergantung sepenuhnya kepada keputusan Persatuan Bola Sepak Jerman (DFB).

“Perkara itu bukan lagi di tangan saya, tetapi saya bersedia sekiranya mereka masih mahukan khidmat saya. Jika tidak, mereka perlu beritahu saya walaupun kalau boleh saya mahu teruskan tugas ini.

“Saya bukan seorang yang mahu lari daripada tanggungjawab tetapi dalam bola sepak kita tidak sentiasa mengawal apa yang akan berlaku. Jika DFB masih mahukan saya, saya akan membuat persiapan bagi menghadapi Euro 2028 dan Liga Negara-Negara Eropah,” katanya.

Impian Jerman untuk menjulang trofi Piala Dunia kelima dalam sejarah tidak kesampaian selepas perlawanan berakhir 1-1 sehingga masa tambahan sebelum Kai Havertz, Nick Woltemade dan Jonathan Tah gagal menyempurnakan sepakan penalti yang diberikan.

Nagelsmann mengakui pasukannya sepatutnya mampu melangkah lebih jauh berdasarkan kualiti yang dimiliki.

“Kami mahu menguji kemampuan menentang Perancis pada pusingan 16 terbaik, tetapi hakikatnya kami tidak cukup bagus untuk sampai ke tahap itu,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN