fbpx
MUHAMMAD Kamil (tengah) menyampaikan komputer riba kepada pelajar cemerlang SPM semasa Program Jelajah Sejahtera Madani di Padang Rengas hari ini.

Program Sejati Madani dipantau ketat, elak projek gagal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PADANG RENGAS – Pelaksanaan Program Sejahtera Komuniti Madani (Sejati Madani) akan diteliti susulan dakwaan beberapa projek yang dijalankan menerusi inisiatif itu tidak mencapai matlamat.

Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim mengakui terdapat projek yang tidak sempurna di bawah usaha tersebut.

“Perlu ada langkah pengawasan yang lebih teliti. Tidaklah sempurna sepenuhnya (projek). Mesti ada kekurangan sana sini sedikit.

“Kita akan pantau dan pastikan tidak berlaku ketirisan,” katanya kepada pemberita semasa Program Jelajah Sejahtera Madani Parlimen Padang Rengas di sini hari ini.

Program Sejati Madani dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa Belanjawan 2024, bagi merancakkan aktiviti ekonomi peringkat komuniti terutama di desa.

Menerusi peruntukan dana sehingga RM100,000, komuniti setempat boleh memilih sektor yang sesuai dijalankan melibatkan pertanian, makanan, jahitan, kraf tangan, herba dan kesihatan, pelancongan serta aktiviti hijau kitar semula.

Sementara itu, Muhammad Kamil melihat kewujudan stesen kereta api KTM di Padang Rengas seharusnya memacu pembangunan di kawasan tersebut.

“Di sini ada potensi untuk merangsang aktiviti seperti pelancongan berasaskan pertanian. Di pekan Padang Rengas ada stesen KTM untuk menarik orang luar datang ke sini. Kita akan memberi tumpuan kepada hal itu,” katanya

Katanya, Anwar sendiri telah dua kali hadir ke Padang Rengas sejak menjadi Perdana Menteri dan pelbagai peruntukan pembangunan dan bantuan telah diumumkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN