fbpx
FUZIAH diberi penerangan mengenai berat pembungkus makanan ketika mengadakan lawatan kerja ke kilang SDS Food Manufacturing Sdn. Bhd. di Jalan Kempas Lama, Johor Bahru hari ini. Foto RAJA JAAFAR ALI

Konflik Asia Barat: Belum ada kenaikan harga luar biasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Ketegangan konflik di Asia Barat yang terus memuncak belum mencetuskan gelombang kenaikan harga barangan keperluan secara luar biasa di negara ini.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Dr. Fuziah Salleh berkata, pemantauan berterusan yang dilakukan kementerian setakat ini mendapati harga barangan masih berada dalam keadaan terkawal meskipun berlaku ketidaktentuan geopolitik global.

Menurut beliau, turun naik harga sesetengah barangan sememangnya berlaku dari semasa ke semasa, namun ia lebih dipengaruhi faktor lain seperti cuaca, produktiviti dan perubahan permintaan pasaran.

“Kita memang sentiasa memantau rapat harga barangan keperluan harian kerana ada turun naik tertentu yang dipengaruhi pelbagai faktor.

“Bagaimanapun, setakat ini kita belum mengesan sebarang trend kenaikan harga yang boleh dianggap luar biasa,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengadakan lawatan kerja ke Kilang Roti SDS Food Manufacturing Sdn. Bhd. di Jalan Kempas Lama di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah KPDN Johor, Lilis Saslinda Pornomo.

Mengulas lanjut, Fuziah berkata, kementerian kini memperhebatkan sesi libat urus dengan pengeluar daripada pelbagai sektor industri bagi menilai kemungkinan kesan ketidaktentuan global terhadap rantaian bekalan tempatan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN