fbpx
Gambar hiasan.

Ejen perumahan disyaki pukul, ugut bekas kekasih di MRT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki tempatan ditahan polis selepas disyaki mencederakan serta membuat ugutan jenayah terhadap bekas teman wanitanya di ruang menunggu bas Transit Aliran Massa (MRT) Maluri, Cheras, minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud berkata, hasil siasatan mendapati kejadian berlaku pada 21 Jun lalu membabitkan suspek yang dipercayai seorang ejen perumahan.

“Bertindak atas laporan tersebut, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah D7 Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras berjaya menahan suspek pukul 6.54 petang keesokan harinya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, suspek direman selama sehari sebelum dilepaskan dengan jaminan polis.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan (mendatangkan cedera) dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan (ugutan jenayah),” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN