fbpx
FAIZUL menunjukkan sehelai bendera PH yang dipasang di hadapan jalan masuk Gugusan Felda Adela didakwa dibakar oleh pihak tidak bertanggungjawab.

PRN Johor: Polis siasat bendera parti politik dibakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

​KOTA TINGGI – Polis mengesahkan menerima laporan polis berhubung perbuatan khianat membakar bendera bendera parti yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 di tepi jalan masuk ke Felda Gugusan Adela, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman berkata, pihaknya menerima laporan itu pada pukul 9.50 pagi.

“Susulan maklumat tersebut, sepasukan pegawai polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi dibantu Jabatan Forensik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor telah digerakan ke lokasi bagi menjalankan siasatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambahnya Polis Kota Tinggi memandang serius sebarang perbuatan khianat, provokasi atau sabotaj yang boleh menjejaskan ketenteraman awam.

Katanya sehubungan itu, semua pihak dinasihatkan untuk bertenang dan berkempen secara matang serta tidak mengambil sebarang tindakan yang boleh menyebabkan kekacauan sepanjang tempoh PRN Johor berlangsung.

Terdahulu, wakil calon Pakatan Harapan (PH) DUN Tanjung Surat hari ini membuat laporan polis susulan sehelai bendera parti itu yang dipasang di hadapan jalan masuk Gugusan Felda Adela didakwa dibakar oleh pihak tidak bertanggungjawab. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN