fbpx
Ahmad Maslan melihat makanan tradisi pada  Program Komuniti Meh Lah Pontian sempena Festival Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2026 di Benut, Pontian semalam. – RAJA JAAFAR ALI

FHMAPK 2026 tonjol keunikan makanan tradisi Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PONTIAN – Festival Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan (FHMAPK) 2026 men­jadi platform penting dalam me­ngangkat warisan kulinari Jo­hor ke tahap lebih tinggi ­se­hingga mampu membuka ma­ta masyarakat antarabangsa ­ter­hadap keunikan budaya di ne­geri ini.

Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, gastronomi bukan sekadar makanan, malah merupakan sebahagian daripada warisan budaya yang membawa identiti, sejarah dan nilai kehidupan masyarakat.

Menurut beliau, Johor memiliki pelbagai khazanah makanan tradisional yang unik dan mempunyai potensi besar untuk diperkenalkan kepada pelancong tempatan serta luar negara.

“Program seperti ini bukan sa­haja menghimpunkan ma­sya­rakat, malah menjadi medan un­tuk memperkenalkan budaya ma­­kanan tradisional kepada dunia.

“Warisan kulinari yang kita mi­liki perlu dipelihara kerana ia mencerminkan identiti ma­syarakat dan sejarah sesuatu tem­pat,” katanya selepas me­ras­mi­kan Program Komuniti ‘Meh Lah Pontian: Kelana Keri­ngat’ sempena FHMAPK 2026 di Pusat Rekreasi Tampok Laut, di si­ni semalam.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya berkata, pelbagai hidangan tradisional Johor seperti kacang pool, lontong darat, sate, soto, mi bandung, bu­rasak dan telur pindang mempu­nyai keistimewaan tersendiri yang boleh menjadi daya tarikan pelancongan.

Katanya, setiap daerah di Jo­hor mempunyai identiti maka­nan tersendiri yang menggambarkan budaya dan kehidupan masyarakat setempat.

“Apabila pelancong datang ke sesuatu tempat, mereka bukan hanya mahu melihat lokasi menarik, tetapi juga ingin merasai sendiri pengalaman budaya termasuk makanan tradisional yang menjadi identiti kawasan itu.

“Sebab itu usaha mempromo­sikan gastronomi perlu terus di­perkasakan kerana ia berpotensi menjadi produk pelancongan yang mampu menarik perhatian ma­syarakat luar,”ujarnya.

Tambah beliau, penganjuran festival berkenaan juga memberi peluang kepada komuniti setempat memperkenalkan produk makanan dan budaya mereka kepada pengunjung dari pelbagai latar belakang.

Beliau berkata, usaha berterusan antara agensi kerajaan, institusi warisan dan masyarakat amat penting bagi memastikan wa­risan kulinari Johor terus di­pelihara serta diwariskan kepada generasi akan datang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN