HOUSTON – Pengendali Jepun, Hajime Moriyasu enggan pasukannya turun dengan mentaliti merendah diri dengan menganggap mereka bukan pasukan pilihan (underdog) menjelang pertemuan menentang Jepun.
Walaupun mengakui tahap persaingan di atas padang adalah berbeza, Moriyasu mengingatkan bahawa Jepun pernah menewaskan Brazil dalam satu perlawanan persahabatan di Tokyo tahun lalu.
“Pada masa lalu, Jepun mungkin dianggap sebagai lawan yang mudah ditewaskan. Tetapi, berdasarkan perlawanan persahabatan tahun lalu, saya fikir mereka kini menyedari kami bukan lagi lawan yang mudah dikalahkan.
“Brazil sememangnya memiliki kekuatan bertaraf dunia dan kami menghormatinya. Namun, dalam sesuatu perlawanan, apa sahaja boleh berlaku. Kami juga mempunyai peluang untuk menang, jadi saya mahu kami membuat persiapan rapi dan mencabar Brazil,” katanya.
Apabila ditanya mengenai peluang berdepan Brazil, negara yang paling banyak memenangi Piala Dunia dalam sejarah, Moriyasu menunjukkan rasa hormat, namun tetap yakin bahawa Jepun mempunyai peluang untuk mara lebih jauh dalam kejohanan itu.
“Saya fikir perlawanan menentang Brazil sekali lagi akan menjadi pengalaman yang amat berharga untuk pembangunan bola sepak Jepun.
“Sudah tentu lawan kami sangat kuat, tetapi saya percaya kami juga mempunyai peluang untuk menang. Jadi, saya mahu mencari peluang itu dan membuat persiapan sebaik mungkin sebagai satu pasukan agar kami dapat mara ke pusingan seterusnya,” jelasnya.
Selepas kekalahan pada aksi persahabatan lalu, Moriyasu menjangkakan Brazil akan tampil dengan motivasi yang lebih tinggi untuk meraih kemenangan kali ini.
“Secara peribadi, saya tidak sabar untuk berdepan Brazil seperti itu, Brazil yang benar-benar serius,” katanya. – AGENSI














