SUATU ketika dahulu, tudung bawal dilihat sekadar pelengkap gaya wanita berhijab. Namun hari ini, helaian empat segi itu semakin berkembang menjadi aksesori fesyen versatil yang digayakan dalam pelbagai cara, termasuk sebagai skaf, selendang bahu, vest dan terbaharu, diikat pada pinggang sebagai pelengkap penampilan. Trend tersebut semakin mendapat tempat dalam kalangan generasi muda yang gemar bereksperimen dengan gaya tanpa mengabaikan elemen kesopanan. Di media sosial, ramai pencinta fesyen menggayakan tudung bawal bercorak sebagai aksesori tambahan bagi memberikan suntikan warna dan karakter……














