Kejatuhan harga durian kayangan seperti musang king yang berlaku ketika ini bukan sekadar isu harga merudum akibat lambakan buah, sebaliknya ia mencerminkan ketidakseimbangan antara pengeluaran dan permintaan. Situasi ini mendedahkan hakikat bahawa industri durian yang pernah menjanjikan pulangan lumayan kepada pekebun menerusi penanaman ‘emas hijau’ sebenarnya tidak sekuat yang disangka. Lambakan durian bukan disebabkan orang ramai sudah tidak suka makan durian, tetapi disebabkan pengeluaran yang melampaui permintaan. Pada tahun sekitar 2016, durian musang king dijual pada harga antara RM50 hingga……














