fbpx
Sebahagian peserta ABGC bergambar kenangan sebelum melakukan tee-off di Kelab Golf Glenmarie semalam.

Pusingan kedua ABGC berlangsung sengit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Pusingan kedua Kejohanan Golf Perniagaan Asia (ABGC) berlangsung sengit apabila tiga pasangan mencatatkan skor lima di bawah par bagi kategori gross sebelum pasukan Insight Capital Sdn. Bhd. diangkat sebagai juara semalam.

Penganjur, Elora Global Sdn. Bhd. dalam satu kenyataan berkata, kejohanan disertai 88 peserta terdiri daripada golongan korporat, usahawan dan profesional di Kelab Golf Glenmarie di sini itu menggunakan sistem Team Best Ball Strokeplay bagi kategori nett dan gross.

Katanya, wakil Insight Alliance Capital dengan hadicap 17, Datuk Shamsul Azman Mahadi (12) dan Mohamad Hisham Sarjeet Abdullah (5) mempamerkan aksi cemerlang untuk muncul juara kategori gross, menewaskan dua pasangan lain yang turut mencatatkan skor maksimum lima bawah par.

“Pasangan Hizir (5) dan Mohd Firdaus Ahmad (3) dari RHR Eco Works Sdn Bhd menduduki tempat kedua, manakala Razid Sukiran (6) dan Abu Qasim Mohamamed Salleh (10) dari Can Builders Sdn Bhd di tempat ketiga.

“Bagi kategori nett pula, dengan handicap gabungan lebih rendah iaitu 4, pasangan Mohd Rasidi Abdul Rasid (scratch handicap) dan Rajab Ahad Ismail (4) dari Rotoplus Engineering Services muncul juara menerusi kiraan pemutus (countback) selepas mencatatkan skor maksimum lima bawah par,” katanya.

Menurut kenyataan itu, pasangan Azlyi Hardi Senawi (7) dan Ir. Ts. Ahmad Fuad Zainudin (6) dari Air Selangor berada di tempat kedua, manakala Jeffry (5) dan Edzuanizam (11) dari JZS Niaga & Nadi Tujuh Sdn Bhd menduduki tempat ketiga.

Semua pemenang menerima hadiah penjagaan diri tajaan Panasonic Malaysia serta trofi.

Pemenang akan beraksi pada pusingan akhir di The Els Club Teluk Datai Langkawi pada Oktober depan.

ABGC yang dinaungi Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, menampilkan tujuh pusingan kelayakan di kelab-kelab golf terkemuka di seluruh Semenanjung.

Pusingan kelayakan seterusnya dijadualkan pada 9 Julai di Royal Perak Golf Club, Ipoh, Perak.

Kejohanan ini dianjurkan oleh Elora Global, dengan penaja utama iaitu Kueen Lai Group of Companies, serta disokong oleh pelbagai penaja termasuk Konsortium Jaringan Selangor, Enotech, Panasonic, Spectrum Outdoor dan Kusel.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN