fbpx
MAWAR mengakui watak Anabella yang menjadi perosak rumah tangga wanita lain dalam drama Ikatan Terlarang sangat mencabar. - FARIZ RUSADIO

‘Pertama kali kena maki, terima mesej panggil saya penyondol’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Menggalas peranan sebagai penyondol dalam naskhah terbaharu berjudul Ikatan Terlarang, pelakon Mawar Rashid mengakui cabaran kali ini benar-benar menguji kredibiliti lakonannya.

Menurut pemilik nama lengkap Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 31, impak watak bernama Anabella itu turut membuatkan dirinya sendiri tidak sanggup menonton semula aksinya di skrin televisyen.

“Memang sangat mencabar. Kalau nak tengok babak-babak saya menyondol, saya sendiri rasa tak sanggup nak tengok.

“Malah episod baharu pun saya belum tonton lagi sebab masih belum cukup berani. Kena kumpul semangat dulu,” katanya usai program MeleTOP, baru-baru ini.

Mengakui berasa kekok menghidupkan watak antagonis, pelakon drama Nikmat Hanya Sesaat itu bagaimanapun bersyukur kerana mendapat sokongan daripada pengarah, Reza Baharudin serta hero drama iaitu Hisyam Hamid.

“Memang kekok sangat. Itu yang buat saya tertanya-tanya macam mana nak tengok semula babak-babak itu, sangat mencabar.

“Masa penggambaran pun bukan mudah nak menjayakan babak-babak penyondol itu. Syukur sebab abang Reza selaku pengarah sangat membantu.

“Dia banyak beri tunjuk ajar tentang ekspresi wajah dan emosi yang perlu ditonjolkan. Abang Hisyam pun banyak memberi sokongan sepanjang penggambaran,” ujarnya lagi.

Disebabkan watak tersebut, Mawar mengakui dihujani pelbagai kritikan tetapi dia mengambil pendekatan positif dan menganggap kecaman penonton sebagai kejayaan membawakan Anabella.

“Bagi saya, kalau orang kecam, maknanya watak itu menjadi. Ramai juga yang pesan supaya jangan baca komen sebab takut mental tak kuat.

“Tapi bagi saya, bila orang betul-betul benci dengan watak itu, rasa gembira sebab itu menunjukkan lakonan saya sampai kepada penonton,” luahnya.

Malah, dia mengakui menerima kata-kata kesat dan makian daripada penonton yang terlalu beremosi dengan watak lakonannya melalui mesej peribadi.

“Saya juga ada terima mesej kecaman. Itu kali pertama sepanjang saya berlakon, saya menerima mesej secara rawak daripada orang yang memaki saya.

“Mereka gunakan kata-kata kasar, panggil saya ‘penyondol’ dan macam-macam lagi. Tetapi saya faham mereka marah watak yang saya bawa, bukan kepada diri saya yang sebenar,” jelasnya.

Drama Ikatan Terlarang yang bermula 8 Jun lalu bersiaran di Astro Ria setiap Isnin hingga Khamis pukul 10 malam.

Selain Mawar, drama terbitan iFAME turut itu turut dibintangi Hisyam Hamid, Erysha Emyra, Alif Hadi, Adriana Adnan, Raja Azura dan Arash Mohd. – HIBGLAM

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN