fbpx
Badrul Hisham ketika sidang akhbar Ops Kisar di sebuah kilang di Pulau Indah, Pelabuhan Klang. -Foto oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED

Tiada kes warga Rohingya guna MyKad palsu – JPN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLANG – Tiada kes warga Rohingya dikesan menggunakan kad pengenalan atau MyKad palsu dalam operasi penguatkuasaan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) setakat ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Badrul Hisham Alias berkata, golongan yang memegang kad Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) itu tidak dibenarkan bekerja di kawasan perindustrian seperti kilang.

Jelasnya, kebanyakan operasi JPN seperti Ops Kisar memfokuskan kawasan perindustrian yang lazimnya tidak menggaji pemegang kad berkenaan.

“Warga Rohingya tidak termasuk dalam kumpulan itu kerana mereka tidak dibenarkan bekerja di premis seumpamanya.

“Mereka hanya berada di penempatan atau tempat tinggal masing-masing dan melakukan kerja di sekitar kawasan itu. Operasi penguatkuasan kami dijalankan di kilang dan tidak kes melibatkan mereka setakat ini,” katanya ketika ditemui malam tadi.

Terdahulu, beliau mengetuai operasi serbuan ke atas sebuah kilang memproses makanan segera di Pulau Indah di sini, bagi mengesan penyalahgunaan dokumen pengenalan diri termasuk MyKad palsu dan identiti milik individu lain.

Dalam perkara berasingan, kata Badrul Hisham, pemerhatian mendapati permohonan MyKad versi baharu mendapat sambutan tinggi orang ramai sejak 1 Jun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN