fbpx
Syed Saddiq dan Bella Astillah.

Solat hajat Syed Saddiq berpindah ke Dewan Sri Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Majlis solat hajat dan doa selamat untuk Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, esok ditukarkan ke lokasi baharu, iaitu Dewan Sri Pinang, dekat Madrasatul Hajjah Zubaidah, Petaling Jaya.

Perkara itu dikongsikan oleh pembantu peribadi Syed Saddiq yang dikenali sebagai Amir Fiqri menerusi sebuah poster di media sosial, sebentar tadi.

“Pertukaran tempat. Majlis solat hajat dan doa selamat untuk YB Syed Saddiq, 25 Jun 2026. Semua dijemput hadir,” tulis poster berkenaan.

Terdahulu Kosmo! melaporkan, pihak pengurusan Masjid Tengku Kelana Jaya Petra, Kelana Jaya memaklumkan tidak meluluskan penganjuran majlis solat hajat dan doa selamat itu yang dijadualkan pada esok.

Wakil pengurusan masjid berkenaan menegaskan, ia selaras dengan prinsip bahawa institusi berkenaan adalah bebas daripada sebarang agenda politik.

Pelakon Bella Astillah sebelum itu, mengajak orang ramai menunaikan solat hajat, esok bagi mendoakan prosiding keputusan rayuan akhir kes mahkamah melibatkan Syed Saddiq yang akan berlangsung pada 30 Jun depan berjalan lancar.

Bella Astillah berkata, dia berbesar hati menjemput orang ramai untuk sama-sama menjayakan majlis berkenaan di Masjid Tengku Kelana Jaya Petra. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN