Tasik yang sangat bernilai dari segi sejarah dan ekologi ini pernah diiktiraf sebagai Tapak Rizab Biosfera oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada 2009 sebelum ditarik balik pada 2022 ekoran kemerosotan ekosistem. Keunikan tasik ini terletak pada rangkaian 12 buah tasik atau ‘laut’ dalam dialek tempatan. Tasik-tasik ini saling bersambung, dikelilingi hutan tropika dan perkampungan Orang Asli suku Jakun. Aliran air yang memasuki sistem perairan ini adalah dari Sungai Pahang melalui Sungai Chini. Jadi tidak hairanlah, terdapat……














