Trip memancing ikan demersal ini berlangsung selama dua hari satu malam di perairan sekitar Pulau Dayang dan Pulau Aur, Mersing, Johor. Kami seramai lapan orang menggunakan perkhidmatan bot pancing Yan Gelora yang diketuai tekong Muhammad Iskandar atau lebih mesra dipanggil Along. Perjalanan kami dari Kuala Lumpur ke jeti Mersing mengambil masa lebih kurang lima jam. Ketika dalam perjalanan, tekong telah menghubungi dan memberitahu kami supaya sampai awal ke jeti bagi mengelak air surut yang ditakuti bot tidak dapat melepasi muara.……














