fbpx
Baling Escapade Festival (BEF) 2026 akan menghimpunkan lebih 100 gerai makanan, minuman dan produk gaya hidup menerusi Anjung Malaysiaku Foodie Fiesta.

Festival di Baling jangka tarik lebih 60,000 pelancong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Daerah Baling, Kedah menjadi tumpuan peminat sukan, pengembaraan, persembahan muzik, pelancongan komuniti selama empat hari bermula 29 Julai ini melalui penganjuran Baling Escapade Festival (BEF 2026) dengan menarik lebih daripada 60,000 orang dari seluruh negara.

Program bertemakan Escape. Explore. Experience Baling (BEF 2026) yang dianjurkan oleh Raydiates Blue Sdn. Bhd itu bertujuan untuk menghimpunkan pelbagai elemen pelancongan, budaya, gastronomi, komuniti dan sukan pengembaraan dalam satu festival berskala besar yang menjadi antara acara paling dinanti-nantikan sempena Tahun Melawat Malaysia 2026.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan pihak penganjur, ini adalah salah satu usaha syarikat untuk memperkenalkan Baling sebagai antara lokasi pelancongan luar bandar paling menarik di Malaysia kerana ia cukup terkenal dengan panorama Gunung Baling, Gunung Pulai, sungai semula jadi, kawasan rekreasi dan warisan budaya.

“Antara program yang bakal menjadi tumpuan ialah The Cultural Jam @ Baling iaitu sebuah platform budaya dan warisan yang mengetengahkan kepelbagaian seni, muzik, persembahan tradisional, kraftangan, budaya rakyat serta pengalaman warisan yang unik dari Kedah dan Nusantara. 

“Program ini dijangka menjadi salah satu tarikan utama festival dengan penglibatan penggiat seni budaya, komuniti kreatif, kumpulan persembahan tradisional serta pencinta budaya dari seluruh negara,” katanya.

Selain itu, festival tersebut  menampilkan Baling Food & Gastronomy Experience melalui Anjung Malaysiaku Foodie Fiesta yang akan menghimpunkan lebih 100 gerai niaga makanan, minuman dan produk gaya hidup daripada usahawan tempatan, perusahaan kecil dan sederhana (PKS), pengusaha makanan warisan, vendor gaya hidup serta pelbagai jenama yang ingin memanfaatkan platform festival ini. 

Pengunjung akan berpeluang menikmati pelbagai makanan tradisional Kedah, produk tempatan, demonstrasi masakan, pengalaman gastronomi dan aktiviti interaktif yang menjadikan Baling sebagai destinasi pilihan pencinta makanan.

Selain itu, salah satu kekuatan utama Baling Escapade Festival 2026 juga adalah kolaborasi strategiknya bersama The Magnificent Baling 100 (TMB100) yang dianjurkan oleh Ten Senses (M) Sdn Bhd. 

Acara denai ultra  yang semakin mendapat perhatian di peringkat antarabangsa ini dijangka menghimpunkan lebih 4,000 pelari tempatan dan antarabangsa ke daerah Baling sepanjang festival berlangsung. 

“Dengan sasaran lebih 60,000 pengunjung, penyertaan lebih 4,000 pelari TMB100, lebih 100 booth makanan dan gaya hidup serta pelbagai program budaya dan warisan menerusi The Cultural Jam @ Baling, BEF 2026 dijangka muncul sebagai antara festival pelancongan, budaya dan pengembaraan terbesar di Malaysia pada tahun hadapan,” jelas kenyataan itu lagi. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN