fbpx
Gambar Hiasan

Tidak serik, lelaki miliki 15 rekod jenayah disyaki samun premis perniagaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Tidak serik memiliki 15 rekod jenayah, seorang lelaki akhirnya ditahan polis hari ini selepas disyaki terlibat dalam kes samun membabitkan sebuah premis perniagaan di Jalan Raja Laut, Chow Kit, di sini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintendan Nuzulan Mohd. Din berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian daripada seorang lelaki kira-kira pukul 9.36 pagi pada 18 Jun lalu.

“Mangsa berusia 48 tahun yang merupakan juruwang di premis berkenaan menyatakan telah disamun seorang lelaki.

“Suspek dikatakan bertindak merampas wang tunai berjumlah RM 311.95 daripada mesin juruwang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, Bertindak atas maklumat, suspek berusia 40 tahun berjaya ditahan pukul 2.36 petang di sekitar Brickfields, di sini hari ini.

Katanya, ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah jenis amphetamine, methamphetamine dan tetrahydrocannabinol.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan. Perintah tahanan reman ke atas suspek akan dilaksanakan esok bagi siasatan lanjut,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN