fbpx
Amirudin ketika sesi penggulungan Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor di Dewan Negeri Selangor. Foto oleh AFIQ RAZALI / KOSMO!

Jangan tunggu tular di X, Threads – Amirudin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini perlu bertindak proaktif dalam menilai semula liputan pengangkutan awam tanpa perlu menunggu laporan tular di media sosial.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, ini bagi memastikan keterhubungan akses pengangkutan awam milik kerajaan negeri termasuk di kawasan pedalaman.

Tegasnya, kerajaan negeri bersedia berbelanja lebih untuk meningkatkan aspek tersebut untuk kepuasan dan keselesan rakyat negeri.

“PBT perlu proaktif untuk menangani hal ini dan bukan tunggu laporan di X, Threads atau media sosial yang lain.

“Sebaliknya mendengar pandangan rakan-rakan ahli majlis dan semua pihak agar kita dapat menyusun connectivity first mile last mile (dengan lebih efisien),” katanya ketika sesi penggulungan Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor (PPPDTS) Fasa 1 dan 2 pada Mesyuarat Khas Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Ke-15 di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab celahan ADUN Batu Tiga, Danial Al-Rashid Haron Aminar Rashid, yang membangkitkan isu keterhubungan pengangkutan awam khususnya LRT3 dan kawasan sekitar yang tular di media sosial.

Sehubungan itu, Amirudin turut meminta Exco Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti Selangor, Ng Sze Han untuk berhubung dengan semua pengendali pengangkutan awam di negeri ini bagi mengenal pasti kawasan yang masih belum diliputi perkhidmatan mereka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN