fbpx
MEXICO sudah mengesahkan tempat di pusingan kalah mati, namun mahu memburu kemenangan sempurna berdepan Czech. - AFP

Piala Dunia 2026: Mexico idam hatrik kemenangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MEXICO CITY – Mexico bertekad mengekalkan momentum kemenangan apabila turun menentang Republik Czech pada aksi terakhir Kumpulan A Piala Dunia 2026 di Stadium Azteca, Rabu ini.

Skuad kendalian Javier Aguirre berada dalam kedudukan selesa selepas muncul pasukan pertama mengesahkan tiket ke pusingan 32 terbaik hasil dua kemenangan berturut-turut ke atas Afrika Selatan dan Korea Selatan.

Kejayaan menewaskan Korea Selatan 1-0 turut memastikan El Tri mengungguli Kumpulan A lebih awal, sekali gus memberi kelebihan kepada mereka menjelang aksi terakhir peringkat kumpulan.

Bagaimanapun, Aguirre menegaskan pasukannya tidak akan mengubah pendekatan meskipun tempat ke pusingan kalah mati sudah berada dalam genggaman.

“Saya sentiasa cuba memastikan pasukan saya bermain dengan baik serta membantu pemain dan pasukan kebangsaan terus berkembang,” kata Aguirre.

Jurulatih berusia 67 tahun itu turut mengakui kejayaan layak lebih awal sedikit sebanyak meredakan tekanan yang mengiringi pasukan menjelang kejohanan selepas menerima pelbagai kritikan sebelum sepak mula Piala Dunia.

“Jika anda menang, anda dianggap yang terbaik; jika anda kalah, anda dianggap yang paling teruk,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN