PETALING JAYA – Hanya kerana tergiur dengan tawaran gaji dan kehidupan mewah, ramai rakyat Malaysia sanggup menyerah tengkuk kepada sindiket scam antarabangsa di negara jiran biarpun menyedari akan berdepan tekanan kerja melampau. Pelbagai bentuk hukuman dikenakan, termasuk dikurung, dipukul dan tidak diberi makanan jika gagal mencapai target atau sasaran prestasi harian (KPI). Duta Anti Scam, Rahmat Fitri Abdullah berkata, pusat operasi scam berfungsi seperti sebuah organisasi besar dan tersusun, dengan setiap pekerja diberi tugasan khusus bagi memastikan aktiviti penipuan berjalan……














