REMBAU – Penduduk Kampung Tanjung Sena Hulu di sini, melahirkan kebimbangan apabila tanah warisan yang diusahakan mereka sejak puluhan tahun lalu bakal lenyap akibat hakisan tebing sungai yang didakwa semakin serius sejak kebelakangan ini. Seorang penduduk, Rokiah Alias, 69, berkata, masalah itu mula disedari selepas aktiviti mengorek pasir di kawasan berkenaan menyebabkan aliran sungai menjadi lebih dalam sehingga menghakis bahagian tebing. Menurutnya, beberapa pokok buah-buahan yang ditanam di tanah warisan itu termasuk kelapa, durian dan petai sudah tumbang dan dihanyutkan……














