fbpx
GHALENOEI

Piala Dunia 2026: Iran puas ikat Belgium

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LOS ANGELES – Ketua Jurulatih Iran, Amir Ghalenoei menyifatkan keputusan seri tanpa jaringan menentang Belgium sebagai satu pencapaian besar selepas pasukannya terpaksa mengharungi pelbagai cabaran sepanjang kempen Piala Dunia 2026.

Menurut Ghalenoei, Iran tiba di kejohanan itu dalam keadaan yang disifatkannya sebagai detik paling sukar, namun masih mampu meraih keputusan positif ketika berdepan Red Devils yang menduduki ranking ke-10 dunia.

“Kami datang ke Piala Dunia kali ini dalam keadaan paling sukar yang mungkin boleh anda dibayangkan. Namun, kami masih berjaya mendapatkan keputusan baik menentang pasukan hebat yang dibimbing jurulatih berpengalaman. Barisan pemain menunjukkan corak permainanan berkualiti kali ini,” katanya.

Sebagai rekod, Iran yang berpangkalan di Tijuana, Mexico berdepan pelbagai kekangan logistik termasuk isu visa serta sekatan perjalanan keluar masuk antara Amerika Syarikat dan Mexico sepanjang kejohanan berlangsung.

“Dua penerbangan, hampir 16 jam perjalanan dan satu perlawanan yang sangat mencabar. Saya tidak fikir ramai pasukan mampu bertahan dalam keadaan seperti ini.

“Saya harap pemain dapat pulih segera kerana selepas ini kami perlu terbang semula. Kami langsung tidak mempunyai masa mencukupi untuk berehat,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN