fbpx
Gambar hiasan.

[VIDEO] Gelombang baharu Rohingya dijangka masuk Malaysia September ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Malaysia dijangka sekali lagi berdepan kemasukan pelarian Rohingya melalui laluan laut menjelang September ini susulan perubahan musim angin monsun yang memudahkan perjalanan bot ke rantau Asia Tenggara.

Pensyarah Undang-Undang Antarabangsa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Salawati Mat Basir berkata, fenomena itu bukan perkara baharu kerana berlaku secara berulang sejak bertahun-tahun lalu.

Menurut beliau, pihak berkuasa dan rakyat tidak seharusnya memandang ringan isu itu kerana gelombang kemasukan etnik Rohingya lazimnya berlaku apabila keadaan cuaca dan laut mengizinkan.

“Kalau ikut pola yang berlaku sebelum ini, mereka memang akan belayar ke Asia Tenggara sekitar September kerana ketika itu angin monsun membantu perjalanan mereka.

“Tunggu sahaja September nanti, kita boleh lihat sendiri berapa banyak bot atau kapal yang cuba memasuki perairan negara,” katanya dalam satu audio siar baru-baru ini.

Salawati berkata, isu Rohingya sering menjadi perhatian rakyat setiap kali berlaku insiden melibatkan bot pelarian sebelum kembali tenggelam tanpa penyelesaian jangka panjang.

Katanya, Malaysia selama ini tidak pernah menutup mata terhadap nasib etnik Rohingya, malah pelbagai bentuk bantuan kemanusiaan telah diberikan.

“Kita membantu orang Rohingya ini, jangan cakap Malaysia tidak bantu. Isu ini sudah lama dan pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan serta pertubuhan kemanusiaan terlibat dalam usaha membantu mereka,” ujarnya.

Beliau menjelaskan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan agensi penguat kuasa lain hanya melaksanakan tugas mengikut bidang kuasa serta arahan yang ditetapkan kerajaan.

Dalam masa sama, beliau berpandangan isu pelarian Rohingya perlu ditangani secara lebih menyeluruh di peringkat serantau memandangkan Malaysia sering menjadi antara destinasi utama kumpulan tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN