fbpx
Gambar hiasan

Empat kaki botol, lima ‘mat rempit’ dicekup polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Tindakan segelintir pengguna jalan raya memandu dalam keadaan mabuk dan berlumba memakan diri apabila 10 lelaki ditahan dalam Op Mabuk dan Op Samseng Jalanan di sekitar daerah ini awal pagi tadi.

Dalam operasi bersepadu itu, seramai empat lelaki ditahan kerana memandu di bawah pengaruh alkohol, lima lagi ditahan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, manakala lagi mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd. Yatim Osman berkata, operasi bermula pada pukul 5 petang semalam hingga 4 pagi tadi itu dijalankan di empat lokasi tumpuan iaitu Jalan Sungai Ujong, Jalan Lingkaran Tengah, Jalan Bukit Kepayang dan Jalan Rasah.

Katanya, seramai 115 individu dan 105 buah kenderaan diperiksa sepanjang operasi, membabitkan tiga pegawai dan 24 anggota polis selain sebanyak 78 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN