fbpx
NORAINI (dua dari kiri) melakukan gimik perasmian pengumpulan minyak masak terpakai di Stesen Petronas Parit Bintang di Batu Pahat hari ini. Foto oleh ADNAN IBRAHIM/KOSMO!

Minyak masak terpakai bantu rakyat tambah pendapatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BATU PAHAT – Minyak masak terpakai yang sebelum ini sering dianggap sebagai sisa dapur dan dibuang begitu sahaja sebenarnya berpotensi menjadi sumber pendapatan sampingan yang mampu memberi pulangan lumayan kepada rakyat.

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad berkata, masih ramai masyarakat di negara ini yang belum menyedari potensi ekonomi daripada minyak masak terpakai melalui inisiatif pengumpulan dan kitar semula yang diperkenalkan kerajaan.

Menurut beliau, Program Pengumpulan Minyak Masak Terpakai menerusi inisiatif Ekonomi Kitaran Agrikomoditi Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) yang diperkenalkan sejak tahun 2023 mencerminkan komitmen berterusan kementerian itu bersama Petronas dalam memperkukuh amalan ekonomi kitaran serta menggalakkan pengurusan sisa yang lebih mampan.

“Minyak masak terpakai yang dikumpulkan akan diproses menjadi produk bernilai tinggi termasuk Bahan Api Penerbangan Lestari (SAF), sekali gus menyokong usaha negara mencapai sasaran pelepasan karbon sifar bersih menjelang tahun 2050.

“Selain memberi manfaat kepada alam sekitar, program ini turut membuka peluang kepada rakyat menjana pendapatan tambahan melalui pengumpulan minyak masak terpakai yang sebelum ini dianggap sebagai sisa buangan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Meraikan Pencapaian 100 Stesen Minyak Petronas bagi pengumpulan minyak masak terpakai di Stesen Petronas Parit Bintang di sini hari ini.

Menurutnya, sehingga Mac tahun ini sebanyak 1.6 juta kilogram minyak masak terpakai berjaya dikumpulkan dengan penyertaan seramai 560,000 orang awam di seluruh negara. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN