fbpx
Izwan Ibrahim (dua dari kiri) menerima anugerah emas bagi dua kategori pada FIABCI World Prix d’Excellence 2026 di Austria baru-baru ini.

Menara Merdeka 118 terima dua anugerah emas dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Menara Merdeka 118 telah merangkul dua Anugerah Emas Dunia dalam kategori Pejabat dan Pembangunan Mampan di Anugerah FIABCI World Prix d’Excellence 2026 baru-baru ini.

Pengiktirafan berprestij yang dianggap antara anugerah tertinggi dalam industri hartanah global ini mengangkat kedudukan Menara Merdeka 118 sebagai pembangunan bertaraf dunia yang menetapkan penanda aras baharu
dalam sektor hartanah.

Ketua Pegawai Eksekutif PNB Merdeka Ventures Sdn Bhd., Datuk Ir. Ts. Izwan Ibrahim berkata, pihaknya berbesar hati menerima  pengiktirafan berprestij itu dan ini menjadi bukti kepada sebuah pembangunan berwawasan yang mencerminkan warisan serta sejarah negara.

“Pengiktirafan ini turut mencerminkan komitmen PNB Merdeka Ventures
terhadap kecemerlangan, kelestarian dan inovasi dalam membangunkan projek bertaraf dunia yang menjadi kebanggaan negara.”

“Lebih daripada sekadar sebuah menara mercu tanda, Menara Merdeka 118 direka sebagai destinasi bertaraf dunia yang menggabungkan reka bentuk unggul dan kelestarian, dengan aspek kesalinghubungan serta kecemerlangan operasi bagi menghasilkan impak yang berpanjangan.

“Kami berbangga dapat menyumbang kepada perkembangan, kemajuan dan
peningkatan nilai jangka panjang sektor hartanah negara, di samping memperkasa komuniti di sekitarnya,” katanya dalam kenyataan.

Anugerah ini telah disampaikan bersempena Kongres Hartanah Dunia FIABCI ke-76th yang berlangsung di Vienna, Austria.

Anugerah FIABCI World Prix d’Excellence 2026 menghimpunkan pelbagai pembangunan berprestasi tinggi dari seluruh dunia bersaing dalam 16 kategori.

Pemenang dipilih berdasarkan penilaian terhadap konsep, seni bina, kelestarian, impak sosial serta nilai warisan dan bukan semata-mata berdasarkan saiz atau aspek reka bentuk. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN