fbpx
NAGELSMANN mahu para pemain melupakan kejayaan membelasah Curacao apabila mengakui cabaran yang bakal dihadapi bertemu Ivory Coast jauh lebih sukar. - AFP

Piala Dunia 2026: Jerman mahu lupakan keraian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TORONTO – Ketua Jurulatih Jerman, Julian Nagelsmann menamatkan keraian pasukan itu yang membuka tirai kempen Piala Dunia 2026 dengan kejayaan besar membenam Curacao 7-1 sebelum ini.

Fokus mereka kini tertumpu kepada cabaran lebih besar apabila perlu berdepan Ivory Coast yang turut memburu kemenangan pada aksi kedua selepas berjaya menumbangkan Ecuador 1-0 pada aksi pertama.

Kemenangan yang diraih sama ada oleh Jerman atau Ivory Coast akan membolehkan mereka mengesahkan tempat ke pusingan berikutnya menyebabkan Nagelsmann percaya para pemainnya tidak lagi berpeluang untuk beraksi dengan santai.

“Kemenangan besar itu tidak membuatkan kami mengurangkan intensiti latihan. Kami membuat persiapan dengan penuh fokus dan perlu menggunakan setiap saat untuk terus berkembang dan memperbaiki diri

“Saya percaya kami berada di landasan yang betul. Namun, masih ada beberapa perkara yang perlu dilakukan dengan lebih baik apabila berdepan lawan yang kuat. Tetapi, itu semua adalah perkara yang mampu dan boleh kami capai,” katanya.

Sementara itu, penjaga gol veteran Jerman, Manuel Neuer mengesahkan akan bersara daripada pentas antarabangsa sebaik berakhirnya kempen Piala Dunia 2026, sekali gus menamatkan spekulasi mengenai masa depannya bersama skuad Die Mannschaft.

Pemain berusia 40 tahun itu, yang kini beraksi dalam Piala Dunia kelima berturut-turut, menjelaskan bahawa keputusannya untuk kembali menyarung jersi kebangsaan kali ini hanyalah bersifat sementara demi membantu pasukan di kejohanan berprestij dunia itu.

“Bagi saya, sudah jelas bahawa ini adalah kejohanan terakhir saya. Saya tidak merancang untuk berada di sana dalam tempoh dua tahun lagi bagi saingan Euro akan datang,” kata Neuer. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN