PASUKAN mana menjadi pilihan anda untuk memenangi Piala Dunia FIFA 2026? Acara berprestij sekali empat tahun yang selalu dinanti-nanti. Yang buat-buat minat bola sepak pun ramai. Meskipun kejohanan kali ini dirasakan agak hambar berbanding edisi-edisi terdahulu ia tetap menjadi jambatan hubungan antarabangsa serta berfungsi sebagai medium diplomasi negara-negara yang sebelum ini berbeza pendirian politik. Di peringkat global, banyak negara sedang berdepan pelbagai cabaran seperti ketidaktentuan ekonomi, persaingan kuasa besar dan konflik serantau. Piala Dunia jadi jalan eskapisme. Perhatian jutaan manusia…














