fbpx
Tangkap layar memaparkan hantaran yang dimuat naik oleh Mohd Hakeem di laman Facebook.

Lelaki tengking isteri depan restoran ‘fast food’ mohon maaf, sedia ubah sikap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Lelaki yang tular selepas didakwa menengking isterinya di hadapan sebuah restoran makanan segera berhampiran Lapangan Terbang Senai tampil membuat permohonan maaf secara terbuka selepas insiden itu mengundang kecaman netizen.

Lelaki yang dikenali sebagai Mohd. Hakeem menerusi beberapa hantaran di Facebook mengakui kesilapan yang berlaku dan berjanji untuk memperbaiki sikapnya.

Katanya, kejadian itu berlaku ketika dia mahu pergi ke tempat kerja, manakala isterinya pula mahu menyambung kerja lebih masa (OT).

“Assalamualaikum kepada semua orang nak tahu cerita sebenar, aku nak pergi kerja, bini pula nak sambung OT. Itu yang aku marah,” katanya.

Mohd. Hakeem turut memohon maaf kepada semua pihak yang terkesan dengan tindakannya itu.

“Maaf ya kalau buat anda semua terganggu. Biasalah insan yang lemah, banyak kekurangan,” ujarnya.

Dalam hantaran berasingan, lelaki itu turut menyatakan kesediaannya untuk mengubah sikapnya selain mendoakan kesejahteraan semua pihak yang terlibat.

“Sekali lagi saya dengan rendah hati memohon maaf kepada semua yang terlibat dalam hidup saya. Insya-Allah saya akan ubah sikap saya yang tidak baik.

“Saya doakan semoga semua yang terlibat dalam hidup saya diberikan kebahagiaan dunia dan akhirat. Insan yang penuh dengan kekurangan,” katanya.

Malah, lelaki itu turut memuat naik satu lagi hantaran menyatakan kesediaannya untuk berjumpa mana-mana individu yang mahu mendapatkan penjelasan berhubung isu tersebut.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan hantaran tular di aplikasi Threads apabila seorang pengguna mendakwa melihat seorang lelaki menengking isterinya yang sedang bekerja sambil mendukung anak di hadapan sebuah restoran makanan segera di Senai. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN