fbpx
BUAYA sepanjang kira-kira lima meter berjaya ditangkap di kawasan kolam tadahan air, Krubong, Melaka.

Seminggu tunggu, buaya 5 meter masuk perangkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Seekor buaya sepanjang kira-kira lima meter berjaya ditangkap dalam satu operasi khas di kawasan kolam tadahan air, Krubong di sini hari ini selepas hampir seminggu perangkap dipasang pihak berkuasa.

Operasi tersebut dilaksanakan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Melaka dengan kerjasama beberapa agensi berkaitan bagi memastikan keselamatan kawasan serta orang awam terjamin.

Badan Kawal Selia Air (BKSA) dalam kenyataan yang dikongsikan menerusi akaun rasmi Facebook memaklumkan, kejayaan operasi itu adalah hasil koordinasi dan kerjasama yang baik antara semua pihak yang terlibat sepanjang tempoh pemantauan dijalankan.

Menurut kenyataan itu, perangkap telah dipasang sejak hampir seminggu lalu sebelum reptilia berkenaan berjaya ditangkap dalam operasi yang dijalankan hari ini.

“Operasi penangkapan buaya di kawasan kolam tadahan air, Krubong berjaya dilaksanakan selepas hampir seminggu perangkap dipasang dan pemantauan berterusan dijalankan oleh pihak berkuasa.

“Seekor buaya sepanjang kira-kira lima meter berjaya ditangkap oleh Jabatan Perhilitan Negeri Melaka hasil kerjasama serta koordinasi yang baik antara agensi-agensi terlibat,” katanya.

BKSA turut merakamkan penghargaan kepada semua agensi yang terlibat dalam menjayakan operasi berkenaan termasuk Perhilitan Melaka dan Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) yang memberikan komitmen penuh sepanjang pelaksanaannya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN