fbpx

Lokasi Sajat masih jadi tanda tanya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAJAT

SHAH ALAM – Teka-teki kedudukan usahawan kosmetik, Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman, 36, masih terus menjadi tanya termasuk berada di luar negara.

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, ini berikutan apabila individu yang dicari tidak dijumpai menimbulkan pelbagai kemungkinan termasuk di luar negara.

“Tetapi tidak semestinya, mungkin dalam negara dan tidak jumpa lagi. Kes (waran tangkap) ini adalah kes Selangor (Jabatan Agama Islam Selangor dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor) tetapi (Ibu Pejabat Polis) Bukit Aman memantaunya.

“Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed pun teka-teka juga lah, kemungkinan. Namun, pergi mana sekali pun di dunia ini, pihak polis mempunyai rangkaian tersendiri. Cuma masa sahaja (menentukan penangkapan).

“Kerjasama dengan negara-negara berkenaan akan dapat orang berkenaan, kalau dia (Muhammad Sajjad) berada di luar negara,” katanya pada sidang akhbar selepas pelancaran kempen Jom Sedekah ke dalam Tabung Amanah Anak Yatim Selangor di sini hari ini.

Ketika ditanya sama ada akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi meminta bantuan Polis Antarabangsa (Interpol), Abdul Aziz menjawab

“Tidak semestinya campur tangan Interpol dan kita adalah caralah,” katanya.

Semalam, media melaporkan Muhammad Sajjad kemungkinan berada di luar negara selepas dikatakan menghilangkan diri sejak waran tangkap ke atasnya dikeluarkan 23 Februari lalu.

Huzir menegaskan tindakan masih diambil untuk mengesan Muhammad Sajjad dengan ada berita menyatakan dia berada di luar negara dan pemantauan masih dijalankan pihaknya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI