fbpx
DIALLO (kanan) muncul wira Ivory Coast apabila meledak gol kemenangan untuk tewaskan Ecuador 1-0. - AFP

Piala Dunia 2026: Jaringan lewat Diallo julang Ivory Coast

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

 

PHILADELPHIA – Ivory Coast terpaksa menanti sehingga minit terakhir perlawanan untuk mengesahkan kemenangan 1-0 ke atas Ecuador pada aksi pertama Kumpulan E di Stadium Philadelphia, hari ini.

Bintang Manchester United, Amad Diallo muncul wira dengan menyumbangkan gol tunggal perlawanan sekali gus beri harapan kepada wakil Afrika itu untuk lepasi peringkat kumpulan.

Tiga mata kali ini juga mengesahkan kemenangan pertama Ivory Coast ke atas wakil Amerika Selatan di pentas Piala Dunia.

Terdahulu, pemain muda, Yan Diomande sering kali menghadirkan situasi cemas buat Ecuador turut dipalit kecewa selepas percubaan John Yeboah pada minit ke-23 dan Alan Minda tujuh minit selepas itu sekadar menggegar palang gol.

Ivory Coast dilihat menguasai permainan di babak kedua namun sering dihimpit masalah penyudah, sama seperti yang dialami oleh Ecuador.

Ketika kedua-dua pasukan seakan terpaksa berpuas hati berkongsi satu mata, larian pantas Wilfried Singo berjaya membuka ruang buat Diallo untuk merobek gawang lawan.

Cabaran sebenar Ivory Coast adalah pada perlawanan kedua menentang Jerman, 21 Jun ini. AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN