DAHULU kita rakyat Malaysia pernah menangis melihat bangsa Rohingya dibakar hidup-hidup, wanita diperkosa, kampung dimusnahkan dan ribuan manusia dihumban ke laut. Dahulu juga ada lagu Selamat Malam Rohingnya yang mendoakan sejahtera buat bangsa malang itu. Hari ini pula, berlegar petisyen supaya mereka dikeluarkan atau lebih kejam lagi dihalau dari negara ini. Apa yang berubah? Adakah Rohingya berubah atau kita yang berubah? Hakikatnya, kita memang pernah menunjukkan solidariti luar biasa terhadap Rohingya. Demonstrasi, kutipan derma, forum, malam puisi, konsert dan liputan……














