DUNIA perubatan veterinar dikenali sebagai bidang yang memberi tumpuan kepada penjagaan kesihatan, rawatan penyakit serta kebajikan haiwan peliharaan atau ternakan. Jika dahulu, bidang tersebut lebih sinonim dengan rawatan haiwan kesayangan seperti kucing dan anjing, namun kini ia semakin meluas sehingga merangkumi hidupan akuatik. Baru-baru ini, Universiti Putra Malaysia (UPM) melakar sejarah baharu apabila penyelidiknya berjaya membangunkan sistem pembiusan ikan pertama di Malaysia yang dikenali sebagai Fish Anesthetic Delivery System (FADS). Pembangunan sistem teknologi akuatik itu bagi meningkatkan keberkesanan dan keselamatan……














