fbpx
Gambar hiasan.

Cuaca lebih panas, kering hingga September ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Fenomena El Nino yang sedang melanda negara dijangka membawa impak cuaca lebih panas dan kering berterusan hingga awal tahun hadapan.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan berkata, situasi itu dipengaruhi oleh Monsun Barat Daya yang bermula sejak 14 Mei lalu dan dijangka aktif sehingga September depan.

Menurut kenyataan itu, keadaan tersebut berpotensi mengurangkan jumlah taburan hujan di beberapa kawasan sekali gus meningkatkan risiko gangguan bekalan air bersih.

“Keadaan cuaca yang kering ini juga boleh mencetuskan insiden kebakaran hutan serta tanah gambut, selain risiko berlakunya kejadian jerebu meluas.

“MetMalaysia kini sedang memantau rapat perkembangan fenomena ini bagi memastikan kesiapsiagaan negara berada pada tahap tertinggi,” katanya.

Sebagai langkah awal, MetMalaysia telah memperkukuhkan penyampaian maklumat cuaca dan amaran awal kepada agensi kerajaan, termasuk melaksanakan lebih 70 sesi taklimat pengurusan bencana.

Taklimat tersebut melibatkan Kementerian Ekonomi, Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) serta Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat di peringkat negeri dan daerah.

Selain itu, ramalan risiko kebakaran hutan bagi tempoh tujuh hari ke hadapan turut disediakan, di samping persediaan bagi melaksanakan Operasi Pembenihan Awan (OPA) sekiranya keadaan mengizinkan.

Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui aplikasi myCuaca dan laman sesawang rasmi MetMalaysia.

Pengguna juga digesa menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh ini serta mengelakkan daripada melakukan sebarang aktiviti pembakaran terbuka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN