fbpx
SAIBARI meledak gol pembukaan untuk meletakkan Maghribi di hadapan sebelum akur terikat 1-1 menentang Brazil semalam. - AFP

Piala Dunia 2026: Maghribi mahu ubah status pasukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NEW JERSEY – Pengendali Maghribi, Mohamed Ouahbi menegaskan pasukannya tidak lagi berpuas hati sekadar dilabel ‘pembunuh gergasi’ sebaliknya menyasarkan pencapaian lebih besar untuk mara ke final Piala Dunia 2026 kali ini.

Kenyataan itu dibuat selepas Maghribi memulakan kempen Kumpulan C dengan cemerlang selepas meraih keputusan seri 1-1 menentang pilihan utama, Brazil di Stadium New York, semalam.

Menurut Ouahbi, keputusan seri menentang Selecao memberikan keyakinan bahawa Maghribi berada di landasan tepat untuk terus mencabar pasukan elit dunia.

“Saya percaya pasukan mampu pergi lebih jauh daripada separuh akhir. Kita telah menunjukkan satu perlawanan yang baik.

“Keputusan seri sudah memadai apabila menentang pasukan seperti Brazil tetapi dalam masa yang sama kita boleh berpuas hati dengan prestasi semasa.

“Secara peribadi, saya akui kalau boleh kita mahu menang tetapi saya tidak kecewa. Apa yang paling saya banggakan ialah keberanian pemain untuk terus meminta bola dan bermain walaupun diberikan tekanan oleh Brazil,” katanya.

Skuad The Atlas Lions terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi Ismael Saibari pada minit ke-22 tetapi kelebihan itu dibatalkan oleh jaringan penyamaan Vinicius Junior. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN