fbpx
PARAGUAY gagal mengimbangi aksi sempurna AS sekali gus menjadi punca kekalahan mereka. - AFP

Piala Dunia 2026: Paraguay akur gagal saingi semua aspek

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LOS ANGELES – Jurulatih Paraguay, Gustavo Alfaro mengakui Amerika Syarikat (AS) adalah lawan yang lebih baik selepas akur tewas 1-4 dalam aksi pembukaan Kumpulan D Piala Dunia 2026 di Stadium Los Angeles, semalam.

Menurut Alfaro, skuad The Yanks selaku tuan rumah mempamerkan kualiti lebih tinggi dalam semua aspek permainan sehingga menyukarkan Paraguay untuk bersaing sepanjang 90 minit perlawanan.

“Jelas sekali AS memenangi perlawanan ini secara adil dan membuktikan kepada kami bahawa mereka adalah lawan yang sukar.

“Pasukan lawan mempunyai kombinasi yang baik ketika membina serangan dan memberi ancaman dari pelbagai sudut. Jika anda tidak bertahan dengan baik, mereka akan menghukum anda.

“Mereka mengatasi kami dari sudut taktikal, teknikal dan juga fizikal,” kata Alfaro selepas perlawanan.

Mengulas lanjut, jurulatih berusia 64 tahun itu turut menyifatkan kegagalan pasukan menyudahkan peluang terhidang menjadi punca misi untuk mencuri mata tidak kesampaian.

“Kami mempunyai peluang untuk menjadikan kedudukan 3-1 lebih awal, namun akhirnya mereka menjaringkan gol keempat pada penghujung perlawanan

“Saya percaya terdapat banyak perkara yang perlu kami perbaiki kerana masih ada dua lagi perlawanan kumpulan untuk diharungi,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN