Visi dan platform global yang membentuk masa depan profesion kewangan dan perakaunan melalui kepercayaan, teknologi dan transformasi yang dipimpin manusia
KUALA LUMPUR, Malaysia, 9 Jun 2026 /PRNewswire/ — Persatuan Akauntan Profesional Bertauliah Antarabangsa (AICPA dan CIMA) pada hari ini melancarkan Rise2040: Membentuk Masa Depan Kewangan dan Perakaunan, inisiatif global yang direka bentuk bukan sekadar menjangkakan masa depan profesion tersebut tetapi untuk membentuknya secara aktif.
Dibangunkan melalui dialog global berstruktur yang merangkumi lebih daripada 25 negara dan 6,000 ahli profesional perakaunan dan kewangan, inisiatif Rise2040 dizahirkan sebagai program cerapan hidup yang digabungkan untuk menyampaikan visi bersama tentang cara profesion itu akan berkembang.
"Rise2040 bukan bertujuan meramalkan masa depan tunggal, inisiatif itu bertujuan melengkapkan profesion tersebut untuk membentuknya secara aktif," kata Mark Koziel, CPA, CGMA, Ketua Pegawai Eksekutif AICPA dan CIMA. "Kita berada pada detik penentu yang amat penting. Memandangkan AI membentuk semula cara kerja diselesaikan, nilai kita akan semakin ditakrifkan oleh pertimbangan manusia, kepercayaan dan keupayaan memimpin dalam kerumitan. Pada teras inisiatif tersebut terletak platform AI dan laporan utama Rise2040; kedua-duanya memperkukuh cerapan penentu… masa depan profesion tidak akan ditentukan oleh perkara yang berlaku kepada kita, oleh kuasa yang membentuknya, tetapi dengan cara kita memilih untuk memberikan respons."
Daripada Melaporkan Masa Lalu kepada Membentuk Masa Depan
Visi Rise2040 mengetengahkan transformasi mendalam yang sudah dijalankan. Memandangkan automasi membentuk semula kerja rutin, profesion tersebut dengan pantas beralih daripada pelapor perkara yang sudah berlalu kepada "penasihat jangkaan".
Pada masa yang sama, kepercayaan terus menjadi teras profesion yang berkekalan, tetapi semakin meningkat kepentingannya. Dalam dunia yang dibanjiri dengan AI dan data, pertimbangan manusia, etika dan kebertanggungjawaban
"Perkara yang terhasil daripada usaha global ini ialah profesion yang tidak berundur daripada perubahan tetapi bangkit untuk menghadapinya dengan manusia sebagai pemimpin," kata Tom Hood, Naib Presiden Eksekutif (EVP), Keterlibatan & Pertumbuhan Perniagaan di AICPA dan CIMA.
Laporan itu mengenal pasti lima pemacu yang saling berhubung yang membentuk masa depan profesion:
- Infrastruktur teknologi dan data
- Transformasi model nilai
- Dinamik bakat dan tenaga kerja
- Seni bina kawal selia dan kepercayaan
- Jangkaan pasaran dan masyarakat
Bersama-sama, kuasa ini mengubah cara kerja dilaksanakan, cara nilai dicipta dan cara ahli profesional memimpin.
Terutamanya, peserta menekankan bahawa teknologi tidak menggantikan profesion, malah teknologi menguatkan profesion, membebaskan para ahli profesional untuk memberikan tumpuan kepada aktiviti bernilai lebih tinggi seperti khidmat nasihat, strategi dan pengupayaan membuat keputusan.
Seruan untuk Memimpin … Bukan Sekadar Bersikap Reaktif
Tidak seperti usaha berwawasan yang terdahulu, Rise2040 direka bentuk sebagai platform yang berterusan, bukan sekadar laporan sekali sahaja. Platform ini ialah sistem yang berterusan bertujuan merakamkan cerapan dan menterjemahkan rakaman tersebut ke dalam tindakan merentasi profesion global. Inisiatif tersebut akan terus berkembang melalui keterlibatan yang diperluas, analisis yang lebih mendalam dan alatan praktikal untuk membantu firma, organisasi dan ahli profesional mengakses dan menggunakan cerapan dalam masa nyata.
Membentuk Perkara yang Akan Datang Seterusnya
"Rise2040 akhirnya memperkukuh tanggungjawab bersama," tambah Koziel. "Masa depan profesion itu tidak ditentukan lebih awal. Profesion tersebut akan dibentuk oleh pilihan yang dibuat pada hari ini."
Venkkat Ramanan, FCMA, CGMA, Naib Presiden – Asia Pasifik di AICPA dan CIMA menambah: "Di seluruh Asia, transformasi profesion berkenaan bergerak pada skala dan rentak yang besar – dikuasakan oleh perancangan bakat yang mendalam, penerimagunaan digital yang pesat dan kerumitan perniagaan yang semakin meningkat. Peluang bukan sekadar untuk bersaing; malah berpeluang untuk memimpin peralihan tersebut – memindahkan bakat kepada peranan yang bernilai lebih tinggi dan berorientasikan keputusan apabila kepercayaan, pertimbangan dan kepimpinan manusia menjadi pembeza sebenar. Kami komited untuk bekerjasama dengan majikan, GCC, firma, para pelajar, agensi kerajaan dan ahli profesion tempatan dalam usaha membentuk peralihan ini – dan Rise2040 ialah platform yang kami akan melaksanakannya."
Cerapan yang jelas, profesion perakaunan dan kewangan bergerak "daripada ahli sejarah kepada futuris" – dibimbing oleh kepercayaan, dikuasakan oleh teknologi dan dipimpin oleh pertimbangan manusia.
Maklumat Tentang Persatuan Akauntan Profesional Bertauliah Antarabangsa, AICPA dan CIMA
Persatuan Akauntan Profesional Bertauliah Antarabangsa (Persatuan) meningkatkan reputasi, kebolehpasaran dan kualiti CPA, pemegang jawatan CGMA dan ahli profesional perakaunan dan kewangan di seluruh dunia. Ditubuhkan pada tahun 2017 oleh AICPA dan CIMA, persatuan ini mewakili 574,000 ahli AICPA dan CIMA, pelajar dan pedaftar di lebih daripada 150 negara dan wilayah, menyokong kepentingan awam dan kelestarian perniagaan mengenai isu semasa dan yang baharu muncul.
Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4978307_MS78307_6














