fbpx
PAPARAN saluran berita tempatan menunjukkan laporan mengenai rampasan 10 tan dadah di Chile. – AGENSI

100,000 kilogram kokain, ketamin dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SANTIAGO – Pihak berkuasa Chile semalam mengumumkan rampasan lebih 100 tan (100,000 kilogram)  dadah yang disembunyikan dalam penghantaran kayu balak menuju ke Eropah sekali gus  rampasan dadah terbesar di negara Amerika Selatan itu.

“Terima kasih kepada usaha bersama oleh pejabat pendakwa raya, polis maritim dan kastam. Sejumlah  1,080 tan kayu  dicampur pelbagai jenis dadah telah dirampas, menandakan tamparan bersejarah kepada jenayah terancang di Chile,” kata biro kastam dalam satu kenyataan.

Dadah yang ditemukan dalam kayu balak itu  kebanyakannya  jenis  kokain dan ketamin.Nilai anggaran narkotik itu di pasaran gelap Eropah pula sekitar AS$8.3 bilion (RM33.6 bilion),  tambah kenyataan sama.

Selepas siasatan selama enam bulan, pihak berkuasa mengenal pasti 45 kontena yang tiba dari Bolivia mengandungi kayu balak bercampur dadah itu.

“Jika kargo haram ini sampai ke destinasi yang dimaksudkan, dadah ini perlu diekstrak menggunakan  proses kimia lanjutan  di makmal khusus,”  kata seorang pegawai kastam.

Jumlah keseluruhan rampasan boleh meningkat apabila kontena mencurigakan tambahan diperiksa, tambahnya. –  AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN