fbpx
Rakyat kini menaruh harapan tinggi terhadap kepimpinan baharu SPRM.

Lima prinsip sudah ada, rakyat tunggu tindakan SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pengumuman lima prinsip kepimpinan baharu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) disambut positif, namun tumpuan kini terarah kepada keupayaan institusi itu membuktikan komitmen tersebut menerusi tindakan yang konsisten.

Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim berkata, rakyat kini menaruh harapan tinggi terhadap kepimpinan baharu SPRM dan mahu melihat prinsip yang diumumkan diterjemahkan kepada tindakan yang nyata.

“Rakyat Malaysia sedang memerhati. Harapan mereka tinggi. Kini tiba masanya untuk membuktikan bahawa integriti bukan sekadar prinsip yang diucapkan, tetapi budaya yang diamalkan dan diwariskan kepada seluruh sistem pentadbiran negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, lima prinsip iaitu Integriti Tanpa Kompromi, Penguatkuasaan Yang Adil, Pencegahan Lebih Baik Daripada Hukuman, Teknologi dan Ketelusan serta Membina Kepercayaan Rakyat bukan sahaja selari dengan aspirasi rakyat, malah menjadi asas penting dalam memperkukuh kedudukan SPRM sebagai institusi penguatkuasaan antirasuah yang diyakini, bebas dan dihormati.

Menurutnya, penegasan bahawa tiada kompromi terhadap salah laku dalam kalangan warga SPRM sendiri merupakan mesej penting dalam usaha memperkukuhkan integriti institusi berkenaan.

Katanya, MCW turut menyokong langkah mewajibkan perisytiharan harta kepada semua pegawai SPRM sebagai manifestasi ketelusan dan akauntabiliti.

“Integriti sesebuah institusi tidak boleh dibina hanya melalui tindakan terhadap pihak luar, sebaliknya mesti bermula dengan keberanian membersihkan organisasi dari dalam,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN