KUALA LUMPUR – Disebabkan jadual kerja yang sangat padat, pengacara dan personaliti televisyen popular, Hawa Rizwana mengakui bukan mudah untuknya menerima sebarang tawaran sebagai duta produk.
Bagaimanapun, Hawa, 30, atau nama sebenarnya, Hawa Rizwana Ahmad Redzuan mengaku akhirnya terdetik hati untuk mewakili sesebuah jenama selepas ‘disunting’ kerana percaya akan keberkesanan produk terbabit kepada masyarakat.
“Saya tidak mudah untuk menerima tawaran ambassador (duta).
“Tapi apabila saya mengetahui lebih lanjut tentang Estika Medispa, tentang komitmen mereka terhadap kualiti dan kepercayaan pelanggan, saya rasa ini adalah jenama yang saya boleh wakili dengan penuh keyakinan,” katanya.
Estika Medispa — Pusat kecantikan Malaysia yang kini beroperasi dengan 37 cawangan di seluruh Semenanjung Malaysia, mencatatkan peningkatan jualan dan kesedaran jenama yang ketara susulan pelantikan pengacara jelita dan popular tersebut sebagai duta rasmi jenama mereka.
Langkah strategik tersebut, menurut pihak pengurusan Estika Medispa, adalah hasil penelitian mendalam terhadap keperluan jenama dalam landskap industri kecantikan Malaysia yang semakin kompetitif.
Dalam persaingan yang semakin sengit, pihak pengurusan menyedari bahawa kualiti perkhidmatan semata-mata tidak mencukupi — kepercayaan awam perlu dibina secara aktif dan sistematik.
Menurut Ketua Pegawai Operasi syarikat terbabit, Dr. Mohd Hanafi Abdull Habir, Hawa Rizwana dipilih bukan semata-mata kerana populariti, tetapi kerana kredibiliti yang beliau bawa. Wajah yang dikenali bukan kerana kontroversi, tetapi kerana kepercayaan.
“Kolaborasi bersama Hawa Rizwana telah membawa Estika Medispa ke khalayak yang lebih luas. Hari ini, lebih ramai rakyat Malaysia mengenali kami, dan yang lebih penting, mereka mempercayai kami. Itulah yang kami cari,” katanya. – KOSMO! ONLINE














