fbpx
Hantaran tular di media sosial dakwaan kononnya terdapat pesawat di tepi Sungai Kandis.

Tiada pesawat tersadai di tepi Sungai Kandis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Polis mengesahkan tiada pesawat tersadai di tepi Sungai Kandis Seksyen 36 di sini, yang tular di media sosial hari ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Ramsay Embol berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai perkara itu menerusi satu akaun Facebook kira-kira pukul 11.55 pagi.

Jelasnya, penama akaun itu memuat naik hantaran ‘Apalah kapal terbang tu buat dekat tepi sungai Klang di Sungai Kandis?’.

“Usaha mengesan dan menjejaki kapal terbang yang dimaksudkan itu kemudian dijalankan polis pada koordinat dinyatakannya.

“Namun, tiada sebarang pesawat tersadai seperti disebarkan dan kenyataan atau dakwaan itu adalah palsu,” katanya malam ini.

Tambah Ramsay, orang ramai dinasihatkan tidak menyebarkan maklumat tidak sahih atau spekulasi yang boleh menimbulkan kegusaran masyarakat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN