fbpx
Gambar hiasan.

Malaria menular dalam kalangan pendatang asing Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Kes malaria dikesan meningkat dalam kalangan pendatang asing di Terengganu, terutama pada bulan lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Terengganu, Datuk Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, setakat ini, sebanyak 17 kes malaria import telah dikesan di negeri ini sejak awal tahun ini.

“Tiada penularan malaria dalam kalangan penduduk tempatan. Sebanyak 13 kes malaria manusia dikesan manakala baki empat pula malaria zoonotik.

“Ia melibatkan 11 pendatang asing tanpa izin manakala dua pula pendatang asing dengan izin,” katanya di sini, hari ini.

Wan Sukairi berkata, siasatan epidemiologi mendapati kesemua kes terbabit mendapat jangkitan sewaktu berada di luar negara, namun telah dikesan awal bagi membolehkan transmisi jangkitan terbabit diputuskan.

“Sehingga kini, tiada penularan tempatan dikesan melibatkan penduduk tempatan mahupun pendatang asing yang bermastautin di negeri ini.

“Begitupun saya telah mengarahkan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu sentiasa berwaspada bagi mengelak risiko penularan tempatan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN