fbpx
Jaslinda ketika tiba di Kem Batu Core pada pagi 24 Mei lalu.

Ramai mohon jadi sukarelawan cari Jaslinda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TAPAH – Pelbagai pihak tampil memohon sebagai sukarelawan untuk membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) Jaslinda Saludin, 49, yang hilang di Gunung Batu Putih pada 24 Mei lalu, di sini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, kesemua permohonan tersebut perlu melalui proses tapisan oleh pihaknya dan Jabatan Perhutanan terlebih dahulu.

“JBPM Perak telah menerima banyak permohonan sukarelawan untuk terlibat memulakan pencarian bersama namun melalui tapisan dan penyelarasan bersama pegawai Perhutanan.

“Terdapat permohonan yang ditolak disebabkan pematuhan prosedur operasi standard, tempoh masa yang tidak sesuai, peralatan dan kelengkapan tidak mencukupi serta beberapa kriteria lain,” katanya di sini hari ini.

Dalam masa yang sama, Sabarodzi berkata, terdapat juga kumpulan yang telah dibenarkan terlibat dalam pencarian itu setelah permohonan dibuat memenuhi syarat ditetapkan.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, sehingga Khamis lalu, seramai lapan anggota Storm JBPM dan dua malim gunung masih terlibat di lokasi sektor pencarian dan kesemua anggota itu selamat keluar pada pukul 11.30 pagi.

“Terdapat beberapa penemuan barangan di beberapa lokasi seperti di kawasan sungai, lereng bukit dan laluan yang tempuhi namun setelah dipastikan, barangan tersebut adalah bukan milik orang hilang.

“Pada 5 Jun, terdapat seramai lima orang pasukan pencarian seramai lima orang terdiri dari anggota Jabatan Perhutanan dan malim gunung masuk ke lokasi sektor pencarian,” katanya.

Sabarodzi berkata, kumpulan komuniti Orang Asli yang bersama sama terlibat mencari sejak 3 Jun lalu juga masih berada di sektor pencarian namun difahamkan masih tiada sebarang penemuan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN