fbpx
Anwar (tengah) ketika menghadiri program Hari TVET Negara 2026 dan Pelancaran TVET 2.0 di Dataran Putrajaya, hari ini. Foto oleh AMIR KHALID.

Dana PTPK sebanyak RM50 juta disalur kepada TVET 2.0 – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Perdana Menteri memaklumkan kerajaan bersetuju membenarkan penggunaan dana hingga RM50 juta daripada Program Berimpak Tinggi di bawah Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) bagi memperkasa Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) 2.0.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penggunaan dana itu bagaimanapun bersyarat iaitu pihak majikan dan industri perlu bekerjasama erat dengan kerajaan bagi menjayakan agenda TVET 2.0.

Katanya, kerjasama sektor industri amat penting bagi memastikan latihan yang diberikan selari dengan keperluan sebenar pasaran pekerjaan khususnya dalam bidang teknologi baharu.

“Saya tegaskan semula untuk membenarkan hingga RM50 juta daripada dana Program Berimpak Tinggi di bawah PTPK digunakan untuk TVET 2.0.

“Syaratnya ada syarat. Majikan dan industri bekerjasama dengan kerajaan khususnya dalam Majlis TVET untuk menjayakannya supaya ada penyelarasan. Ini juga akan menambah tentang program latihan dan pendedahan,” katanya.

Beliau beliau demikian ketika merasmikan sambutan Hari TVET Negara 2026 dan Pelancaran TVET 2.0 di Dataran Putrajaya yang turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Sebelum ini di bawah kerangka Belanjawan 2026, peruntukan keseluruhan bagi PTPK ditetapkan sebanyak RM650 juta.

Anwar berkata, peruntukan itu akan digunakan untuk memperluas program latihan, pendedahan industri serta meningkatkan kualiti pembangunan kemahiran bagi memastikan tenaga kerja negara memenuhi kehendak pasaran semasa dan masa depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN