fbpx
Pengaruh bintang filem India, Vijay atau nama penuhnya Chandrasekaran Joseph Vijay cukup kuat sehingga dilantik sebagai Ketua Menteri Tamil Nadu pada 10 Mei lalu.

5 anak seni bertukar ‘nasib’ jadi pemimpin dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PENGARUH bintang filem India, Vijay atau nama penuhnya Chandrasekaran Joseph Vijay cukup kuat sehingga dilantik sebagai Ketua Menteri Tamil Nadu pada 10 Mei lalu.

Pelantikan ini menyusul selepas parti yang dipimpin figura berusia 52 tahun itu, Tamilaga Vettri Kazhagam (TVK) memperoleh kejayaan besar dalam pilihan raya.

Selepas memegang jawatan, Vijay melaksanakan beberapa tindakan pentadbiran tegas termasuk mengarahkan penutupan 717 premis penjualan arak milik kerajaan negeri selain mengenakan tindakan tatatertib terhadap tiga pegawai polis atas isu ketidakpekaan dan pelanggaran profesionalisme dalam mengendalikan kes sensitif melibatkan kanak-kanak.

Selain pelakon filem itu, hakikatnya ‘suara’ anak seni dalam arena politik antarabangsa sudah lama meledak apabila ramai bintang terkemuka beralih arah, malah ada di antaranya menjadi pemimpin negara. 

  • Volodymyr Zelenskyy (Ukraine)

Diangkat sebagai Time Person of the Year oleh majalah Time pada 2022, Volodymyr Zelenskyy asalnya pelakon, pelawak dan penerbit televisyen yang kemudian menjadi Presiden Ukraine sejak 20 Mei 2019

Sebelum menyertai dunia politik, Zelenskyy terkenal menerusi siri Servant of the People memegang watak guru yang secara tidak sengaja menjadi presiden selepas video ucapannya tular.

Populariti siri itu membawa kepada penubuhan parti politik yang menggunakan nama sama iaitu Servant of the People dan pada pilihan raya presiden 2019, ZelenskYy menewaskan penyandang ketika itu, Petro Poroshenko dengan kemenangan besar.

  • Joseph Estrada (Filipina)

Joseph Estrada atau nama sebenarnya Jose Marcelo Ejercita ialah bekas pelakon terkenal dan ahli politik yang pernah menjadi Presiden Filipina dari tahun 1998 hingga 2001. 

Sebelum duduk di kerusi presiden, ahli politik digejar Hero Rakyat itu merupakan antara bintang filem aksi paling popular di Filipina dengan deretan naskhah pecah panggung sepanjang tiga dekad kerjaya seninya.

Menjadi Datuk Bandar San Juan, kemudian senator, seterusnya Naib Presiden Filipina (1992-1998) sebelum dipilih sebagai presiden pada 1998.

  • Sanae Takaichi (Jepun)

Pernah mencipta nama sebagai pemain dram untuk sebuah kumpulan muzik heavy metal sebelum melangkah ke arena politik, Sanae Takaichi juga dikenali sebagai Wanita Besi Jepun.

Beliau mencipta sejarah sebagai wanita pertama menjadi Perdana Menteri Jepun dan juga wanita pertama memimpin parti pemerintah Liberal Democratic Party (LDP). 

Memulakan kerjaya politik pada 1993, beliau pernah memegang beberapa jawatan kabinet penting termasuk Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dan Menteri Keselamatan Ekonomi Jepun. 

  • Balendra Shah (Nepal)

Dikenali sebagai Balen Shan, bekas artis rap dan jurutera struktur yang mencipta sejarah apabila diumumkan sebagai Perdana Menteri Nepal pada 27 Mac 2026 sebelum itu terkenal sebagai Datuk Bandar Kathmandu.

Kebangkitan Balen dilihat sebagai lambang perubahan generasi muda Nepal, khususnya selepas gelombang politik yang dipacu pengundi muda dan sentimen antikorupsi.

Pada usia 35 tahun, beliau menjadi antara pemimpin kerajaan termuda di dunia, malah imejnya sebagai pemimpin anti-rasuah sering dianggap antara kebangkitan politik paling luar biasa di Asia.

  • Ronald Reagan (Amerika Syarikat)

Dari Hollywood ke White House, sebelum menjadi Presiden Amerika Syarikat ke-40, Reagan terlebih dahulu dikenali sebagai aktor popular sekitar era 1930-an hingga 1950-an.

Sepanjang kerjaya seninya, beliau membintangi lebih 50 filem termasuk Dark Victory, Knute Rockne, All American, Kings Row, The Hasty Heart dan Bedtime for Bonzo.

Selepas bersara daripada dunia seni, beliau menyertai arena politik dan dipilih sebagai Gabenor California sebelum menjadi Presiden Amerika Syarikat pada 1981 hingga 1989.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN