PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir susulan jangkaan hujan lebat di beberapa kawasan di Semenanjung dan Sabah hingga pukul 4 petang ini.
MetMalaysia dalam kenyataannya berkata, di Semenanjung, kawasan yang dijangka terlibat adalah Bera di Pahang dan Selangor (Kuala Langat dan Sepang).
“Hujan lebat turut diramal berlaku di Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin, Negeri Sembilan, Melaka (Alor Gajah) dan Johor (Segamat),” katanya.
Di Sabah, amaran hujan lebat melibatkan kawasan Pedalaman (Beaufort), Pantai Barat (Papar, Penampang, Tuaran, Ranau dan Kota Belud) dan Kudat. – KOSMO! ONLINE














