fbpx
Alwiyah Taib

Alwiyah umum keluar Bersatu, kembali sertai UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

​MERSING – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Endau, Alwiyah Talib hari ini mengejutkan landskap politik tempatan apabila mengumumkan keluar daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) serta-merta.

​Beliau yang telah berkhidmat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Endau sejak tahun 2018 turut melepaskan segala jawatannya dalam parti berkenaan demi kembali bersama UMNO.

​Menerusi satu kenyataan media rasmi yang dikeluarkan hari ini, Alwiyah menegaskan bahawa keputusan drastik tersebut dibuat selepas mengambil kira pelbagai aspek demi kebaikan dan masa depan kawasan yang diwakilinya.

​”Setelah mengambil kira beberapa aspek, demi kebaikan dan masa depan DUN Endau, saya telah membuat keputusan untuk mengumumkan keluar dari parti Bersatu dan meletakkan segala jawatan saya dalam parti berkuat kuasa serta-merta dan kembali bersama UMNO,” katanya dalam kenyataan hari ini..-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN