fbpx
Siti Nurhaliza mengakui beliau meluangkan masa dalam Threads sekadar untuk tujuan santai dan mencari makanan di samping membantu peniaga kecil dalam media sosial.

‘Tak sangka mereka layan macam dalam group WhatsApp’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengakui beliau meluangkan masa dalam Threads sekadar untuk tujuan santai dan mencari makanan di samping membantu peniaga kecil dalam media sosial.

Menurut Siti, dia hanya akan membuka laman sosial terbabit sekiranya anak-anaknya sudah tidur ataupun terbuka tanpa sengaja.

“Waktu saya relaks adalah selepas anak-anak saya tidur. Ketika itu baru saya buka Threads dan balas komen-komen netizen.

“Kebanyakan yang saya komen tentang makanan yang dijual pengguna Threads. Niat saya untuk membantu peniaga dalam Threads. Tapi tak sangka ramai pula yang terhibur. Perkara itu jadi berlarutan.

“Saya pun komen yang santai-santai sahaja. Tak sentuh isu yang serius sangat. Lebih kepada menceriakan keadaan.

“Tak sangka pula warga Threads layan saya seperti dalam kumpulan WhatsApp,” katanya ketika ditemui pada sidang media pelancaran lagu baharu Umairah, Hujung Indah, di sini, semalam.

Tambah penyanyi nombor satu negara itu lagi, dia tidak akan menyentuh isu yang terlalu serius atau komen yang berbaur toksik.

“Semuanya bergantung kepada diri kita sendiri. Kalau dilayan komen toksik — ibarat virus yang merebak. Kalau rasa tak perlu dilayan, tak payah jawab.

“Kalau layan benda-benda yang santai, akan jadi menghiburkan,” jelasnya.

Disebabkan pandai berjenaka yang dimilikinya dalam media sosial, ada netizen yang berpendapat bukan Siti yang membalas komen-komen dalam Threads, sebaliknya individu lain. Namun, Siti menyangkal dakwaan itu.

“Kak Rozie (pengurus Siti Nurhaliza), selalu kena. Orang ingat dia yang balas. Dia mengadu pada saya dia selalu kena tuduh. Tetapi sebenarnya tidak. Saya sendiri yang balas.

“Mungkin ini adalah sisi Siti Nurhaliza yang berbeza dan suka mengusik. Saya sebenarnya seorang yang santai dan kelakar.

“Mungkin orang tak berpeluang melihat sisi saya selain daripada sebagai seorang penyanyi,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN