fbpx
MAYAT mangsa dibawa naik ke darat sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Bilal hilang ketika berenang lintas Sungai Pahang ditemukan lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TEMERLOH – Misteri kehilangan seorang bilal masjid yang dipercayai dihanyutkan arus ketika berenang di Sungai Pahang dekat Kampung Peragap di sini akhirnya terjawab apabila mayatnya ditemukan pagi tadi.

Mangsa, Samsul Azmi Ishury, 41, ditemukan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada pukul 9.35 pagi kira-kira 2.2 kilometer dari Kampung Loyang di sini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, mayat mangsa ditemukan hasil pencarian yang dijalankan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) bersama Unit Pengesan K9.

“Operasi SAR disambung semula pada pukul 8 pagi hari ini selepas ditangguhkan petang semalam berikutan mangsa masih belum ditemukan. Hasil pencarian di sekitar sungai mangsa berjaya ditemukan pada pukul 9.35 pagi. Mayat mangsa kemudian dibawa naik ke darat sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, dalam operasi itu, seorang anggota bomba mengalami kecederaan di pergelangan tangan selepas tersepit antara bot dan sangkar ikan ketika menjalankan tugas pada hari pertama pencarian, bagaimanapun mangsa telah mendapatkan rawatan susulan.

Semalam Kosmo Online! melaporkan seorang bilal masjid dikhuatiri lemas selepas dipercayai dihanyutkan arus ketika berenang di Sungai Pahang di Kampung Peragap di sini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN